Monday, October 19, 2009

SEJARAH UTARA FM

Thursday, October 1, 2009

Diawal kewujudannya, radio ini dinamakan PONET.fm iaitu radio untuk Komuniti Pitas Online [dot] Net atau ringkasnya PONET. Radio ini dibangunkan pada awal bulan Disember, 2008. Ideanya saya cetuskan sendiri apabila saya menemui satu komuniti yang mempunyai radio onilinenya sendiri.

Saya telah menyertai komuniti itu dan pernah memohon untuk menjadi DJ dalam komuniti itu. Walau bagaimanapun, permohonan saya tidak mendapat respon sama ada diterima atau tidak. Selama sebulan saya menunggu tapi masih tidak mendapat jawapan. Saya mengambil keputusan untuk membuat radio sendiri. Tanpa sebarang asas dalam IT saya cuba mencari teknologi ini dan lebih kurang dalam 2 minggu saya telah menemui teori radio online.

Berbekalkan sedikit asas dalam internet dan networking, saya mencuba teori itu. Tiga hari saya bertungkus lumus tanpa mengira masa dan dengan azam yang kuat saya telah berjaya menyiarkan radio ini dalam rangkaian (LAN). Walau bagaimanapun, ianya bukan di internet.

Dengan bantuan wady, saya telah berjaya meng'online'kan radio ini diinternet dan pendengar pertama PONET.fm ialah seorang ahli lama KUSNET iaitu
pinsan pada 12/12/2008. Hari kedua radio ini telah didengar oleh tuan kulanz, tuan 911, pinsan dan tamunupitas. Bermula dari tarikh itulah saya bermula dengan kerjaya sebagai DJ tetap di radio yang mana pada masa itu masa saya bersiaran adalah dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

2 comments:

superman sabah said...

sekarang ni masih men'DJ lg kah? huhu..

jas@ligong said...

utk makluman superman sabah---sa bukan dj--cuma sa tertarik dgn artikal dj otai ni--dj rumputt--dgn sejarah perjuanganya dalam utara fm ni---jadi sa post kan la dalam blog sa--kerana sa pendengar setia utara fm.

There was an error in this gadget