Saturday, October 31, 2009

10 TAHUN



Alhamdulillah syukur kepada tuhan yang maha ESA dengan limpah kurnianya ,AKU telah mengecapi nikmat yang amat berharga buat diri KU.Apa yang" best" nya pada tarikh ini???,ya 01 november 2009 ini maka genaplah sepuluh tahun AKU berkhidmat di dalam "RMP".sepanjang tempoh sepuluh tahun ini ,AKU tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan apa juga yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Sepanjang AKU berkhidmat, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang AKU lalui.Namun itulah yang membuat KU lebih bersemangat untuk menjalankan tugas murni kepada negara ini.Tatkala AKU berfikir ,adakah orang menghargai pengorbanan kami ini??

Sepanjang tempoh perkhidmatan KU ,satu pengelaman pahit di dalam diri KU yang tidak pernah AKU lupakan ,di mana AKU dan rakan-rakan seperjuangan telah di beri tohmahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawap.Hampir-hampir AKU hilang pekerjaan,namun tuhan itu adil.AKU dan rakan-rakan dapat membuktikan bahawa kami tidak bersalah.Inilah resam pekerjaan kami,walaupun apa yang kami buat dengan ikhlas namun kadang-kadang ada saja pihak yang tidak berpuas hati, itulah hakikat kita sebagai manusia .

Wah,pengalaman AKU yang paling manis adalah tahun ini,sedar tak sedar pada tahun ini AKU akan menerima APC .yehhh,tidak AKU menyangka pemilihan telah dibuat dan jatuh kepada KU.Inilah orang kata ,tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.Semoga dengan adanya pengiktirafan yang dibuat oleh ketua KU ini ,akan membuat KU berkerja dengan lebih gigih lagi....amiin.

4 comments:

rin~eirie de' sEcond said...

tahniah2!
moga makin dibukakan rezki.

Dj ligong said...

tq-rin

mkajunai said...

apa ko rasa dpt APC... urin ka hehehe tahniah bro

azizwan(dot)com said...

wah.. sdh 10 tahun rupanya.. nda kesadaran. huhu.. apa2 pun, tahniah and keep it up \m/