Monday, November 4, 2013

Perjalanan yang jauh..

Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam dunia radio online kini sudah tiba masa untuk aku slow dalam bidang ini yang ku rasa sangat akrab dalam diri ini.perjalanan  yang sangat panjang membuat aku sangat matang dalam meniti hari-hari sebagai penghuni tegar dalam arena radio online.

Bermula daripada seorang DJ sehinggalah aku menjadi seorang admin yang mengendalikan sekelompok DJ yang mempunyai visi dan misi masing-masing.Perjalanan yang amat panjang pasti menghasilkan satu cerita yang sangat mencabar minda,kepimpinan dan kepakaran.Kadang-kadang aku dipuji tapi tidak kurang juga yang mencemuh dan yang lebih menyedihkan ada yang sanggup memburukkan aku dalam arena radio online ini.Aku juga di BLOCK daripada facebook dan dikutuk daripada belakang,tetapi semua itu tidak menjatuhkan moral dan semangat ku untuk meneruskan, membanggunkan dan mendidik peminat tegar radio online.

Tapi semua itu sudah berlalu dan biarkan masa itu berlalu,kini aku lebih selesa apa bila berstatus DJ di radio online Utara.fm kerana aku tidak perlu memikirkan banyak perkara dan semestinya yang ku perlukan hanya keudara untuk meneruskan hobi yang sangat-sangat akrab bersama diriku ini.Walaupun aku hanya berstatus DJ aku sangat bersyukur kerana apa yang dilalui sebagai seorang admin sudah ku lalui dan aku sangat matang tentang semua itu.Namun begitu jika ada rakan DJ yang memerlukan ilmu berkaitan radio online aku tidak akan jemu-jemu memberikan tips,nasihat dan teknikal yang diperlukan.