Wednesday, April 2, 2014

Banyak radio online tutup kedai

Didalam era kemajuan,kemudahan internet sangat diperlukan tidak kira tua ataupun muda .Radio online telah mengambil tempatnya dengan gemilang sekali di  Sabah.Banyak radio online telah dicipta oleh mereka yang berkemahiran tentang radio online,namun sejauh manakah ianya bertahan?

Jika dilihat pada masa sekarang hanya beberapa radio online sahaja yang masih mampu bertahan di Sabah.Sedih melihat keadaan ini ,apakah ini berpunca hilang sudahkah kepercayaan pendengar kepada keupayaan sesebuah radio online itu?.ataupun menghilangnya DJ2 yang dahulunya mengisi ruang sesebuah radio online?.Tidak dinafikan ada juga sesetengah radio online yang sangat berdiri teguh ,tapi apakan daya keadaan birokrasi yang membuat mereka jatuh .Padahal mereka hanya berniat untuk membantu dalam memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia mahu pun di Sabah.

Saya sangat salute dengan beberapa radio online yang mampu bertahan sehingga kini,dan saya ucapkan selamat maju jaya sebagai radio online yang sangat konsistan di Malaysia khasnya di Sabah.Semoga tujuan ikhlas semua yang terlibat dalam menjayakan sesebuah radio online dapat dimanfaatkan oleh semua penghibur Malaysia .



No comments: