Tuesday, July 16, 2013

Kenapa Aku Meninggalkan Radio Online.FM

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada apa yang saya perkatakan disini menyinggung perasaan mana-mana orang.Online.FM kini mempunyai nama besar dan sangat terkenal dikalangan band2 independent,Tapi kenapa aku perlu keluar ?.Mungkin ramai rakan2 juga ingin mengetahui kisah ini dan agak pelik..Baiklah,sebenarnya semua perkara ini tidak dirancang dan diduga..Ada juga rakan bertanya kepada saya,Bro punya penat ko usahakan tu radio sehingga ketahap ini,mudah saja ko lepaskan?.Persoalan ini mudah sa jawap,kerana saya tidaklah berminat sangat untuk menjadi admin sebenarnya.Tetapi atas rasa ingin mempelajari dunia teknikal DJ internet ku ambil cabaran untuk diri sendiri mempelajarinya sendiri.

OnlineFM mempunyai kisahnya yang tersendiri apabila telah berusaha menonjolkan diri daripada wang sendiri kepada ada pihak yang memberi sponser web dan lain-lain.Oklah mungkin ianya terlalu panjang untuk kita memperkatakan jika saya menceritakan seawal penubuhan Online.FM .

Kenapa saya melepaskan jawatan untuk tidak bertapak bersama Online.FM,bohong jika saya katakan tidak ada rasa sayang untuk meninggalkan radio tersebut.Untuk lebih ringkas lagi sebenarnya faktor yang menyebabkan saya keluar daripada admin Online.FM adalah disebabkan faktor perselisihan pendapat dengan salah seorang admin Online.FM iaitu Bro Langau,dimana Bro Langau hanya menggariskan Online.FM hanya menyokong band2 indiependant so ianya bertentangan dengan hasrat saya yang menggunakan nama INDIEPEDANT itu sendiri.Saya sebenarnya mengharapkan Online.FM lebih kepada sifat Universal yang mana akan membantu mana2 orang yang bersifat indiependant yang harus disokong tidak kira apa persoalanya .Mereka artis solo?mereka menyanyi lagu Bisaya,murut atau dusun? selagi mereka menggunakan wang sendiri untuk menonjolkan diri mereka,saya rasa mereka harus dibantu untuk ditonjolkan.

Ark,mungkin ada yang merasakan hanya kerana itu bro keluar ,ya hanya kerana itu sebab saya mempunyai prinsip yang sangat kukuh dalam hal berkomuniti.Sekeluarnya saya daripada Online.FM ku berhijrah ke salah sebuah radio online yang sangat terkenal disabah kerana minat yang masih mendalam dalam dunia online radio,sehinggakan admin kepada radio tersebut ingin menyerahkan radio tersebut.Permintaan itu sangat berat untuk dilaksanakan sehinggalah dipanggil semula oleh DJ Lugu untuk menyertai semula radio online Utara.FM.


No comments: