Thursday, December 31, 2009

SEGMEN TEKA TEKI BERSAMA DJ LIGONG


Tahniah kepada Dj nong dan Zonartis.com kerana masing-masing telah memenangi hadiah top up dalam segmen teka teki bersama dj ligong.Di kesempatan tahun baru 2010 ini aku telah membuat sedikit hadiah kepada rakan-rakan pendengar di utarafm,hadiah top up soalan pertama bernilai RM50,kedua RM30 dan ketiga bernilai RM20...hadiah soalan pertama telah berjaya dijawap dengan tepat olah dj nong,dan soalan kedua dan ketiga telah berjaya di menangi oleh Zonartis.com.


syabas dan tahniah---teruskan mendengarkan radio online utarafm
macam biasa juga bah.
by.Dj ligong

Friday, December 4, 2009

SERBU GERAI PONET








23 nov 2009
Memori ketika berada di kota marudu dan pitas(gerai ponet),bersama dj Tom,dj Batman,dj Siput,dj Nong,dj Mka,dj Pp dan dj rumputt.Juga admin-admin 1sabah,tuan kulanz,tuan 911 MP dan wady.Kenangan yang tidak dapat AKU lupakan ketika diberi peluang mendj di gerai ponet.TERIMA KASIH kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa bersama AKU ..walaupun kedatangan KU tanpa diundang, tapi komitmen KAMU meyakinkan.

MAJULAH RADIO ONLINE UTARAFM...
suara kami suara mereka
macam biasa juga bah.






Saturday, November 7, 2009

BERTUAHNYA WANITA MALAYSIA

Baru sebentar tadi AKU telah melihat sebuah siaran asto di 'channel' 732,hati KU merasa hiba dengan dokumentari yang di paparkan di channel itu.Dimana 'channel' itu memaparkan betapa sukarnya kehidupan seseorang yang bergelar wanita,gara-gara sistem hantaran yang membebankan kepada pihak wanita.Rata-rata di INDIA setiap pasangan yang berkahwin, menginginkan seorang anak lelaki.Perkara ini telah menimbulkan situasi negative di mana anak perampuan akan di gugurkan,ada yang dibuang di sungai,telaga dan lain-lain lagi.

Walaupun perkara ini telah diberikan perhatian oleh negara tersebut,namun perkara ini tidak akan dapat di motivasikan kerana sistem hantaran yang membebankan setiap wanita yang ingin berkahwin masih di jalankan tanpa penyelesaian yang bijak.

Sehinggakan didalam dokumentari itu menyatakan ada sebuat pusat ASTRI yang menyediakan tempat khas bagi anak perempuan yang baru lahir,dan tidak mahu di jaga oleh ibunya,di letakan di luar bangunan pusat ASTRI itu.Syukur kepada tuhan kerana kita di tempatkan di bumi yang bertuah Malaysia.




Saturday, October 31, 2009

10 TAHUN



Alhamdulillah syukur kepada tuhan yang maha ESA dengan limpah kurnianya ,AKU telah mengecapi nikmat yang amat berharga buat diri KU.Apa yang" best" nya pada tarikh ini???,ya 01 november 2009 ini maka genaplah sepuluh tahun AKU berkhidmat di dalam "RMP".sepanjang tempoh sepuluh tahun ini ,AKU tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan apa juga yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Sepanjang AKU berkhidmat, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang AKU lalui.Namun itulah yang membuat KU lebih bersemangat untuk menjalankan tugas murni kepada negara ini.Tatkala AKU berfikir ,adakah orang menghargai pengorbanan kami ini??

Sepanjang tempoh perkhidmatan KU ,satu pengelaman pahit di dalam diri KU yang tidak pernah AKU lupakan ,di mana AKU dan rakan-rakan seperjuangan telah di beri tohmahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawap.Hampir-hampir AKU hilang pekerjaan,namun tuhan itu adil.AKU dan rakan-rakan dapat membuktikan bahawa kami tidak bersalah.Inilah resam pekerjaan kami,walaupun apa yang kami buat dengan ikhlas namun kadang-kadang ada saja pihak yang tidak berpuas hati, itulah hakikat kita sebagai manusia .

Wah,pengalaman AKU yang paling manis adalah tahun ini,sedar tak sedar pada tahun ini AKU akan menerima APC .yehhh,tidak AKU menyangka pemilihan telah dibuat dan jatuh kepada KU.Inilah orang kata ,tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.Semoga dengan adanya pengiktirafan yang dibuat oleh ketua KU ini ,akan membuat KU berkerja dengan lebih gigih lagi....amiin.

Wednesday, October 28, 2009

TERIMA KASIH NONG.

TERIMA KASIH.Perkataan ini jua lah yang harus ku berikan buat insan bernama nong,(bukan nama sebenar).Percaya atau tidak AKU baru saja mengenali insan ini,itu pun mengenali secara maya sahaja.Namun begitu, keikhlasanya menolong untuk mendapatkan baju ini amat AKU hargai.Walaupun AKU tahu DIA ini sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan harianya dan juga sesi bersama YB kesayanganya.Inilah di katakan persahabatan,walaupun kami tidak pernah bersuamuka tapi sifat tolong-menolong itu sudah wujud dalam dirinya.Syabas NONG,teruskan sifat murni mu itu demi keharmonian yang sejagat.

TERIMA KASIH-TERIMA KASIH-TERIMA KASIH


Tuesday, October 27, 2009

PAYPAL MENYENARAIKAN BANK TEMPATAN DI MALAYSIA


Berita gembira kepada usahawan ebay kerana pihak paypal telah menyenaraikan matawang Ringgit Malaysia bagi tujuan pengeluaran wang didalam akaun paypal.Kini wang yang di keluarkan daripada akaun paypal boleh dimasukan terus ke akaun bank tempatan di Malaysia.

Persoalannya jika wang didalam akaun paypal sudah boleh dimasukkan terus kedalam akaun bank tempatan suatu hari nanti, adakah ianya akan dipantau oleh Bank Negara Malaysia? Jika ianya dipantau maka sudah pasti semua usahawan ebay dan juga internet marketer yang mempunyai pendapatan didalam akaun paypal melalui internet akan dikenakan cukai
pendapatan.

Bank tempatan yang tersenarai dalam paypal:-
AFFIN BANK BERHADPHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHADMFBBMYKL
AMBANK BERHADARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHADBIMBMYKL.
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHADBKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHADBMMBMYKL
BANK OF AMERICABOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONALBSNAMYK1
CIMB BANK BERHADBSNAMYK1
CITIBANK BERHADCITIMYKL
DEUSTCHE BANKDEUTMYKL
EON BANK BERHADEOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHADHLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHADHBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHADMBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHADOCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHADPBBEMYKL
RHB BANK BERHADRHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHDSCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS)ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANKUOVBMYKL

Tuesday, October 20, 2009

OUTING' ZOO SABAHAN.BIGFORUMPRO.COM


MEMORI
outing geng-geng sabahan.bigforumpro.com melawat zoo
memang best bersama kamu semua.
semoga perkenalan kita tetap kekal dan abadi
rindu kamu semua...!!!
yehhhh



Monday, October 19, 2009

SEJARAH UTARA FM

Thursday, October 1, 2009

Diawal kewujudannya, radio ini dinamakan PONET.fm iaitu radio untuk Komuniti Pitas Online [dot] Net atau ringkasnya PONET. Radio ini dibangunkan pada awal bulan Disember, 2008. Ideanya saya cetuskan sendiri apabila saya menemui satu komuniti yang mempunyai radio onilinenya sendiri.

Saya telah menyertai komuniti itu dan pernah memohon untuk menjadi DJ dalam komuniti itu. Walau bagaimanapun, permohonan saya tidak mendapat respon sama ada diterima atau tidak. Selama sebulan saya menunggu tapi masih tidak mendapat jawapan. Saya mengambil keputusan untuk membuat radio sendiri. Tanpa sebarang asas dalam IT saya cuba mencari teknologi ini dan lebih kurang dalam 2 minggu saya telah menemui teori radio online.

Berbekalkan sedikit asas dalam internet dan networking, saya mencuba teori itu. Tiga hari saya bertungkus lumus tanpa mengira masa dan dengan azam yang kuat saya telah berjaya menyiarkan radio ini dalam rangkaian (LAN). Walau bagaimanapun, ianya bukan di internet.

Dengan bantuan wady, saya telah berjaya meng'online'kan radio ini diinternet dan pendengar pertama PONET.fm ialah seorang ahli lama KUSNET iaitu
pinsan pada 12/12/2008. Hari kedua radio ini telah didengar oleh tuan kulanz, tuan 911, pinsan dan tamunupitas. Bermula dari tarikh itulah saya bermula dengan kerjaya sebagai DJ tetap di radio yang mana pada masa itu masa saya bersiaran adalah dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

RAYA 2009

SYUKUR AIDILFITRI
Alhamdulillah,dengan limpah dan kurniaannya aku dan keluarga ku di kurniakan
kudrat dan hidayat untuk menatapi nikmat berhari raya dengan keluarga ku
di kampung halaman,bersama kedua ibu bapa ku dan juga saudara mara.
Raya tahun ni aku hanya menanti keluarga-keluarga yang datang berkunjung.
Kerana aku tidak banyak masa untuk berhari raya dengan rakan-rakan mahupun keluarga
terdekat.
Namun aku amat bersyukur walaupun aku hanya beraya selama dua hari di kampung.rasa rindu terhadap keluarga ,terubat .
MESEJ
Bayangkan kepada mereka yang terpaksa beraya di perantauan?,demi tugas?tidak dapat beraya dengan anak dan isteri,ibu dan bapa??
semata-mata memastikan kamu sentiasa dalam keadaan aman.
KERANA MU MALAYSIA.

PIC GENG ONLINE YM


Sunday, October 18, 2009

TIPS MATEMATIK PANTAS

POST kali ini hanya untuk berkongsi ilmu bagi yang masih di alam persekolahan,bila sebut saja
pasal mata pelajaran matematik ni,terasa malas untuk memikirkan nya.Dulu aku pun begitu,setiap kali ujian ,setiap kali lah jua aku gagal,sehinggalah aku ketingkatan 3 menjelang PMR aku pun dapat keputusan matematik yang mengecewakan jua..E beb.

tapi berbeza pabila ku naik ke tingkatan empat,aku mula mencipta tips ku sendiri.Ya,ternyata
tips ku ini berjaya !!!
jom kongsi tips aku...

TIPS
1.PERLU ADA MINAT TERHADAP MATA PELAJARAN MATEMATIK WALAUPUN SEDIKIT
2.ULANGKAJI MATA PELAJARAN MATEMATIK DARI PADA DARJAH SATU HINGGA KETINGKATAN SEKARANG.(hanya perlu menjawap soalan akhir buku teks)jika kamu mendapati jawapan kamu ada yang salah--disitulah kelemahan kamu bermula,ini menyebabkan kamu tidak mahir dengan tajuk-tajuk matematik yg seterusnya.
3.GUNAKAN BUKU-BUKU RUJUKAN SEPERTI KIRA-KIRA,ILMU HISAB,M3,MATH MODERN,DAN JUGA BUKU RUJUKAN MATH YANG BARU.
4.PASTIKAN SENTIASA HAFAL RUMUS-RUMUS DAN APA JUA TEORI KIRA-KIRA
5.PASTIKAN KAMU TELAH MEMBUAT ULANGKAJI TAJUK YANG AKAN CIKGU AJAR KEESOKAN HARINYA.JIKA KAMU SUDAH MEMAHAMI AWAL APA YANG BAKAL DI AJAR, INI MEMUDAHKAN LAGI PENGAGIHAN ILMU DENGAN CEPAT.

Hanya sekadar tips,aku hanya memerlukan masa sebulan untuk melaksanakan tips ini.
SELAMAT MENCUBA!!.

BEAUFORT DAN KEMAJUAN


Syukur,dengan bertukarnya tampok pemerintahan di sabah,khasnya
di daerah beaufort.Pekan beaufort sudah jauh berbeza,yang
amat ketara sekali apabila jalanraya kebanyakanya sudah beraspal.

bersyukur dengan apa yang ada,mungkin suatu hari nanti
beaufort akan mempunyai lapangan terbang sendiri.
tepuk dada tanya sendiri
kepada yang berkenaan???

Saturday, October 17, 2009

KL 2008



yukkk..teringat pula aku memori kali pertama menjejakan kaki
ke kuala lumpur.
syukur,dengan limpah dan kurnia rezeki yg tuhan beri kepada ku
aku telah sampai ke kuala lumpur,yang selama ini aku hanya dengar daripada
kawan-kawan dengan kemegahan nama ibu negeri itu sendiri.
MESEJ!
pernahkah anda terfikir?
kenapa keadaan di sana lebih maju daripada keadaan kita di sabah??
apakah kita sudah terlambat??

insyaALLAH tuhan akan memberi rahmatnya kepada negeri sabah.
AMIN

ADA MESEJ YANG DI SAMPAIKAN BUAT KU

SYUKUR
Ya ini lah perkataan yang sering dan wajar keluar dari mulut kita.
Baru saja tadi aku telah mengadiri majlis rumah terbuka Encik zainudin
merupakan ketua MA lahad datu
terima kasih Encik zainudin atas jemputan.

kenyang sekali dengan hidangan sate dan juga panggang kambing.
Terasa kenikmatannya
namun ada sesuatu yang mengamit perasaan ku
Ya
bila aku terasa nak merokok
ku lihat kiri dan kanan,tiada seorang pun yang merokok
aku amat hairan dengan kejadian ini.
Pada kebiasaanya para perokok ini selepas saja makan
pasti hendak merokok,lama jua aku memerhati orang-orang yang berada di sana.
Akhirnya aku membatalkan niat ku utk merokok.
hehehhe

Apakah mungkin ada mesej yang tuhan sampaikan kepada ku??

TEMAN SEKELAS KU

wajah-wajah teman sekelas ku
di smk menumbok 1995-1996
yang baru ku jumpai di facebook
semoga kalian sukses selalu
pencarian mencari teman-teman sekelas akan di teruskan
semoga anda wujud di alam cyber yang serba canggih ini

exgf sa ada kaini jumpa sini arr--
hehehhe

Friday, October 16, 2009

Thursday, October 15, 2009

TAHNIAH !! KO DAH JADI BAPA GENG

HANI IZRAR DARWISHI

TAHNIAH!! buat geng karas ku
ko telah bergelar bapa
semoga dengan kedatangan cahaya mata mu yang
pertama ini memberikan mu rezeki yang melimpah ruah

nasihat ku pada mu
jadi lah contoh yang baik kepada anak mu ini
insALLAH ada berkat menanti nya

AMIN

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTI BARU

buat sahabat ku sarimi bin ebrahim
semoga kalian berbahagia sehingga ke anak cucu

akhirnya kawin jua ko sahabat ku
walaupun selama ini sukar untuk mencari jodoh

syabas sahabat ku
semoga anda di percepatkan mendapat cahaya mata
yang pertama

AMIN

Sunday, October 11, 2009

PUISI HATI


sejak dari dulu ku menyintaimu
kau tahu begitu
namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diri ku
yang telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama diri ku ini
tidak bertemu mu
mungkin ku harap jua kau merindui ku
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usia ku menyinta

Friday, October 9, 2009

MATA-MATA TERSAYANG.


2004

YUKKK..ini adalah post pertama identiti status KU
tidak pernah lagi AKU mempostkan gambar-gambar ku bersama isteri dan
anak-anak dalam DUNIA CYBER ini-


LAILA SYAZANNA




NURUL SYAZWANA







AKU SAYANG KAMU-

Wednesday, October 7, 2009

PENGALAMAN BERSAMA EBAY

Berniaga di EBAY memang perkara yang menyeronokan,AKU pernah berniaga di EBAY.Secara automatiknya AKU telah berniaga di merata dunia,seperti USA,GERMAN,AUSTRALIA dan beberapa negara lagi yang AKU lupa.Pada awalnya AKU hanya sekadar untuk mencuba - cuba saja ini pun atas nasihat abang ku merupakan `choch' EBAY sehingga sekarang.Perniagaan KU pertama agak lembab kerana kurang pengalaman dan pendedahan yang masih baru.

Oleh kerana perniagaan KU di EBAY ,kurang memberansangkan AKU pun meminta petunjuk serba sedikit daripada abang KU dan sepupu.Dari situlah AKU mula berjaya sedikit demi sedikit,barang -barang yang KU `list' kan didalam EBAY sudah mendapat `bid'.Ya bila AKU sudah banyak mendapat keuntungan AKU pun rasa teruja dengan sesuatu `item'yang ku rasa sangat `hit' pada masa itu.Rupa-rupanya `item' itu adalah di larang untuk di jual di pasaran EBAY(hanya dua item dibenarkan di jual).

Akhirnya AKU di `SUSPEND' kerana melangar polisi EBAY,pada saat ini lah hati KU mula tawar kepada EBAY.Akaun EBAY KU di `block' sementara, jadi AKU tidak boleh menjalankan perniagaan KU.Akhirnya AKU mengambil jalan singkat untuk mengeluarkan duit yang ada di PAYPAL untuk di `transfer' ke akaun sepupu KU supaya duit KU yang ada di PAYPAL tidak ditagih oleh pembeli,ini lah polisi berat sebelah ,bukan AKU tak hantar tu barang durang,tapi bila akaun kita di `SUSPEND' adalah pembeli yang mengambil kesempatan untuk minta balik duit durang(hampehhh).

AKU jamin,perniagaan di EBAY di internet ni memang bagus dan AKU boleh bayangkan kita ni seperti peniaga yang telah punyai kepuasan berniaga ,apa tidaknya kita menjual barang di pasaran dunia.AKU memang merindui perniagaan ini,namun sehari makin sehari polisi berniaga di EBAY semakin berubah-ubah.MUNGKIN AKU AKAN BERNIAGA BALIK DI EBAY TAPI ENTAH BILA.

`list' barang yang pernah ku pasarkan:-


mousepad-twilight












gambar yang ada tu-boleh jua di simpan gambar
UTARA FM

Tuesday, October 6, 2009

HATI CEPAT BERPALING

BENARKAH??iya ka??Ada juga orang macam tu kah??.Ya ini yang berlaku kepada RAKAN SEPERJUANGAN KU.Bermulanya kisah ini,Ya kisahnya bermula dengan CHAT !!!.Dari pandangan mata kasar KU rakan seperjuangan KU ini adalah orang yang suka mendiam saja,(nampak baik gitu la).

RAKAN SEPERJUANGAN KU ini memang gemar bermain chat(ada bini dah).Dulu AKU tinguk rakan seperjuangan KU ini memang cinta keras lah dengan bini dia ni,(aman gitu).Namun akhir-akhir ini dia telah terperangkap dalam CINTA CYBER.Ya janggal bunyinya kan.Rakan seperjuangan AKU ini telah berkenalan dengan seorang CEWEK di dalam salah sebuah ruangan CHAT.Apa yang berlaku di sini,rakan seperjuangan KU ini tidak memberitahu secara jujur bahawa statusnya sudah berkhawin.Tidak mustahilah si CEWEK berkenan dengan si RAKAN SEPERJUANGAN ini.Setelah lama mereka BERCINTA CYBER ni,mereka pun berjumpa-jumpaan laini sampaikan merancang mahu kawin .

Di jadikan lagi ini cerita,si CEWEK ni mula berasa sangsi kenapakah pabila waktu malam si RAKAN SEPERJUANGAN ini tidak dapat di hubungi(tutup hp).Iya mula bertanya kepada diri?,si CEWEK mula bertanya kepada rakan-rakan sekerjanya kalau-kalau ada yang kenal dengan gambar si rakan seperjuangan tu.Salah seorang rakanya itu mengenali si rakan seperjuangan itu.Di situ lah permulaan cerita pembohongan ini terbongkar.Apa yang menyedihkan si rakan perjuangan ini berani sampai mahu menggoncang-goncang pagar rumah si CEWEK,sedangkan si CEWEK yang rasa tertipu sudah memutuskan hubungan mereka.Di manakah kesetiaan ??kenapakah perlu bardusta??.kalau lah perkara ini tahu kepada pengetahuan `wife'nya..APAKAH YANG BAKAL TERJADI???

Tapi AKU rasa ini perbuatan nekad,kerna faktor-faktor yang mendorongnya berbuat begitu.Ya memandangkan si CEWEK bergaji besar mungkin juga.sedangkan `wife'nya tidak bekerja.Ini lah bila hati cepat berubah......AWAS BAHANA CHATING !!!..

KU harap ko cepat sedar dari lamunan ko .!! rakan seperjuangan.

Sunday, October 4, 2009

HATIKU UNTUK MU...


Di keheningan malam ini
Masih ada cahaya yang menyilaukan mata ku
Ku sering perhati cahaya itu
Ku rasa seperti tidak percaya
Bahawa ia datang dari lubuk yang dalam

Ternyata anggapan ku selama ini silap
Rupanya dalam lubuk itu ada kesyukuranya tersendiri
Ku ikuti ragam sang lubuk
Ternyata aku amat menyukainya
Kenapa aku di lewatkan bertemu dengan mu sang lubuk

Namun aku tetap bersyukur kerna kewujudan mu sang lubuk
Memberi ruang kepada ku mengenali dunia sebenar mu
Kau lah semangat ku
Kau lah penyatu ku
Kau lah sahabat ku

Ku harap sang lubuk terus berjuang dan terus berjuang
Aku hanya riang bersama mu
Sedangkan kau berperang dengan lubuk mu